Na Shle Jahilliyah!

Ataupun sayonara jahilliyah!( orang selalu guna ni) Takpun, lebih mengutamakan bahasa kebangsaan sendiri…Selamat Tinggal Jahilliyah!

Tapi kenapa “Na Shle”?
my personal thinking… dalam bahasa Czech, Na Sheldanou=Good Bye.
Tp itu yang tu untuk formal use. Kalau untuk informal plak, dia singkatkan lagi, jadilah “Na Shle”
Knp informal? Biasanya kalu gune formal tu…just for the sake of formality la kan? Tpi kalu informal, biasa digunakan untuk orang yang rapat dengan kita, yang selalu bersama, mesra.
Begitulah. Jadi…bila Na Shle digunakan…menunjukkan betapa RAPATNYA kita dengan Jahilliyah ni, tanpa kita sedari. Na’uzubillah min zalik.
Sedar ke tak ni, yang kita semua ni rapat dengan Jahilliyah ni?

Erm.

Islam ni apa?
-> Cara hidup, tunduk dan patuh dengan apa yang disuruh Allah dan tinggalkan apa ayng dilarangNya.

Jahilliyah pulak ?
Ada dua sudut;

Dari sudut bahasa MELAYU nya: … ( ingt balik apa pelajaran agama di sekolah waktu dulu2. Ala yang selalu dapat full mark utk definisi tuh)
Dari segi Islamnya pula                  : Al-Hawa’. Apa-apa yang selain dari Islam, i.e yg dilakukan tanpa niat kerana Allah adalah Jahilliyah.

Sekarang, kita cakap Jahilliyah dari sudut Islam. Mestilah kan? Hurm, kalau fikir balik kadang-kadang, dr sudut bahasa ni macam kurang tepat sket.

Nak tahu tak jahilliyah ni ada 2 jenis, satu dikeliling kita, satu lagi dalam diri kita.

Ha, nak tahu apa yang aktiviti jahilliyah saya dan anda selalu buat?

1. Tgok anime, baca manga – dikalangan gadis-gadis sunti, masalah ni tak de kot. Hnya exception utk daku shj kot. Huhu… jahilliyah betul. Knp sy kata jahillyah? Sebab…hurm, ne, kalu kamu tgok manga anime semuer tu…ader ke ingat ke Allah? Untuk Allah? Semata-mata untuk Allah? Sebut bismillah ker sebelum buat semue tuh? *Dush* Wahh!!!

2. Tgok drama, Korean drama, tgok movie, tgok segala jenis hiburan, layan you tube. – agak popular dikalangan kita kan? Dikala habis exam/aktiviti seharian, g layan mende alah ni. Huhu…kamu rasa? Adakah kamu ingt Allah dikala kalian buat ni? *Dush*

3. Gi shopping (?) – yg berlebih-lebihan, yg based totally on nafsu, tak teringat Allah pun time gi pilih tengok barang tuh! Reasoning utk beli barang pun mcm kureng. Hurm, bagaimanakah? Tak jahilliyah kah?

4. Gi jalan-jalan – jalan-jalan xjahilliyah, kalau niat kita jalan-jalan ni ntuk tgok kebesaran Allah, mengingati Allah. Tak semestinya tempat yang kita pergi tu adalah kawasan yang ade alam semulajadi tuh. Let’s say, kite gi jalan ke Paris ( xpernah pergi pun, example jer ni), kite tgok bangunan ke ape ke relate la dengan kebesaran Allah. Tak minta mengcomparekan ciptaan Allah dan manusia, tapi gunakanlah kekreatifan berfikir anda untuk sentiasa mengingati Allah disaat having fun di luar sana. Hurm…tapi kalu tak gi jalan-jalan xley gak. Sebab bukankah kita ada disuruh utk berjalan-jalan juga?

“ Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah (hukuman-hukuman Allah kepada orang-orang yang mendustakan Rasul-rasul),kerana itu berjalanlah kamu ke segenap penjuru Bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan rasul-rasul” 3: 137 ( surah Al Imran: ayat 137 )

5. Pergaulan. – …susah, susah. Esp kalau melibatkan pergaulan berlainan jantina ni.

6. …anda senaraikan sendiri

Apa Jahilliyah dalam diri ye?

1. Mengumpat! – selalu buat?

2. Buruk Sangka. – selalu je buat ni. Mmg itu fitrah manusia, we tend to give negative impression towards others. Ha, lagi satu, ustazah saya ada berkata, “ Jangan buruk sangka dengan manusia, sebab manusia kan mahluk Allah, jadi bila kita buruk sangka dengan manusia, secara tak langsungnya, kita juga telah buruk sangka dengan Allah” …lepas apa rahmat dan rezeki yang Allah dah beri kat kita, adakah kita mahu berburuk sangka dengan pencipta kita?

3. Dengki – bhy woo~ . Sy selalu je dengki ngan kwan kalu die dpt markah lebih, dapat mknn lebih ke, dpt duit lebih ke…eii…Nurul xreti bersyukur betul! Tamak!

4. Takabbur– bongkak la kot.

5. Pentingkan diri sendiri! – fikir-fikirlah sendiri.

6. …sekali lagi, anda boleh listkan sendiri. Pendek kata apa-apa perkara yang mazmumah la~

Jadikan, bila ada mende2 jahilliyah ni…kita sebenarnye takde lah beza sangat dengan orang kafir ni kan?

Eh? Ada beza? Apa dia?

Owh shahadah dan segala rukun Islam dan iman tu ke?

Hurm ,itu saja?

Jadi betullah, kalu ikutkan lifestyle kite ni lebih kurang sama jer ngan org kafir ni.

Aik, salah ke?

Betullah, sebab diorang layan cerita korea, kita pun layan.

Diorang ade shopping mega sale, eh, kita pun join sekali menghabiskan duit.

Diorang pun ada couple, kita pun ada. Ops, isu sensitive! Utamakan peneguhan akidah dahulu, sebab kalu akidah kuat, semua mende atas ni xterjadilah!

Apa lagi ya?

Tengoklah sekeliling anda.

Untungnya kita jadi orang Islam ni, apabila segala amalan baik kita, dikira Allah boleh dibawa ke mati, bukan takat mati je, sampa ke akhirat! Alhamdullilah!!! Compared to orang kafir dimana amalan baik mereka tu hanya baik untuk dunia tu sahaja. Sayang amalan mereka tak boleh tolong mereka kat akhirat nanti. Sayang kan? Jadi, nak tak tolong diorang supaya segala amalan baik mereka tu tolong diaorang kat akhirat nanti? Jom ajak diorang masuk Islam!

Whoops, melalut pula. Maaf. Hurm, kembali kepada topic Jahilliyah balik.
Apa yang perlu lakukan ye?

Owh, kamu Tanya kenapa kene buang Jahilliyah ni?
Mestilah sebab saya nak jadi Islam seIslamnya!
Allah kan ada berfirman,

Ada dua cara nak berjaya kat DUNIA ni,
Iaitu Islam seIslamnya, dan Kafir sekafirnya.

Tu janji Allah, tapi tu kalau untuk mereka yang ingin berjaya di DUNIA sahaja.

Saya tak mahu berjaya dunia je. Saya nak dunia dan akhirat. Sebab tu saya pilih untuk jadi Islam-seIslamnya!
Uik?

Kenapa kafir? Yelah, sebab diorg xpercaya pada apa-apapun,jadi diorang bley jer nak buat apa-apa pun asalkan mencapai matlamat mereka tu. Lets say, kalau nak kata Hindu-sehindunya, maka, maksudnya die still percaya pada Tuhan, tapi sesat!!! Die dah follow apa yang salah, camna nak berjaya?

Kalau Islam, of course la kan? Itupun kalau kita ikut apa yang Islam suruh, totally! Bukan separuh-separuh, bukan pilih-pilih punya!

“Hai orang-orang beriman, masuklah ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu turut jejak-jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu mush yang nyata bagimu” 2:208 ( Al Baqarah: ayat 208)

(pozor ya, definisi berjaya adalah berbeza bagi setiap individu)

Dan Islam adalah apabila tiada unsur Jahilliyah dalam hidupnya,peribadinya, perilakunya, kata-katanya, segalanya!

Owh, saya perlukan perubahan. To be a pure muslimah!
It’s not a simple easy task to be done with. Memerlukan ketabahan dan ketekadan (? Betul ke grammar ni ) yang tinggi!

Saya nak cakap sket pasal pandangan beberapa orang pasal perubahan ni.

Ade pendapat kata, berubah la sikit-sikit. “bukan apa, takut diri terkejut, nanti ada reverse effect pula, takut jadi lebih teruk” alasannya.
Pandangan peribadi saya atas pandangan ini; mungkin cara berubah tu salah la kot, sampai ada reverse effect. Kalau tak cara salah pun, mungkin ada yang tak kena dengan hati tu.

Tapi bila fikir balik kan, kalu berubah sikit-sikit, bukankah ibaratnya, macam kita nak keluar neraka tuh cam sikit-sikit.
Biasanya orang yang kata berubah sikit-sikit ni, sebab ada perasaan sayang lagi kat tabiat lama tuh, so…bila dia kata berubah sikit-sikit…erm..macam…sayangnya kat neraka tuh. Macam tak mahu
Nak keluar dari neraka terus. Macam sayang jer nak tinggalkan neraka tuh. [uish, ada ke orang yang sayang sangat kat neraka ni? Sampai cam sayang nak tinggalkan neraka tuh?]
Quote dari Kak Farah. 😀

Uish.
Drasticnyer bunyi.
Tapi, itulah realitinya.
Kalau yang betul2 faham tuh, mesti akan tinggalkan terus. 100%. Macam logam.

Saya nak jadi logam! At least, wanna be logam! [ tak mo wanna be! Nak jadi logam! ]
Susah nak tinggalkan 100% segala aktiviti jahilliyah ni. Saya akui. Ikhlas!
Tapi berusaha! Sebab ada ayat ni yang mendorong saya untuk terus berusaha! Yeay!

“ Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah dan taatlah …” 64:16 ( surah at-taghabun: ayat 16)

Tiada jalan tengah antara jalan Islam dan jalan Jahilliyah, sesiapa yang tidak amalkan Islam, maka dia amalkan Jahilliyah.

Baiklah kawan-kawan sekalian. sampai disini saja entry kali ni.

Eh? Tak habis lagi rupanya…alamak…camna ni, ada satu persoalan yang tak terjawab lagi…camna nak kikis karat jahilliyah ni?

Hurm, masa mencemburui! Takpe!
Nantikan entry yang akan datang! 😀
Saya cuba memupuk sifat sabar dikalangan rakan-rakan sekalian, disamping memupuk diri untuk terus consistent dengan penulisan sebegini.

Mood: Back to mata biru mode. Jadi org Czech untuk minggu ni. Bukan lifestyle mereka! Tapi bahasa mereka. Ted’ mluvim česky, ne anglicky nebo malajsky. Ohoho…

oyeah!

Advertisements

11 thoughts on “Na Shle Jahilliyah!

  1. Pingback: [update]: Na-Shle Jahilliyah! « my small box

  2. Salam alaik …
    masyaAllah sister!..subhannallah ..alhamdulillah..allahuakbar!
    *hug2*
    huhu…bgn2 tido tru buka blog awk..nk bace yg pnas2..kiki.;p.
    erm…btol2… kalo nk snaraikn jahiliyyah internal or external…mmg la x ckup page nk type..hoho..manyak sgt maaa….
    tp xpe kn..inshaAllah kt try buang ikut kemampuan kt… kalo rse susah sket…kikis2…kalo susah lg..sental die kuat2;p.

    hoho… cane nk buang, kikis n sental ni?….

    xlen dan x bkn dgn hanya igt kt Dia evrytime nk bwat pape pon… takutkn Dia melebihi takutkn bnde2 len.. Pikir pandanganNya drp pandangan manusia… TAQWA tu sndiri iAllah..huhu.

    “Bawalah bekal, krn sesungguhnya sebaik-baik bekal adlh TAQWA. Dan bertakwalah kpdKU wahai org2 yg mpunyai akal sehat!” (2:197)

    Papepon… ikhlas niat hanya utk Allah bile nk brubah or tgalkn jahiliyah2 ni…huhu..n kt doa byk2 mg Allah tetapkn hati kt dan istiqamah dlm bwat bnde2 ni.

    “Maka tetaplah engkau di jln yg benar, sebagaimana tlh diperintahkn kpdmu dan juga org yg bertaubat bersamamu dan jgnlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yg kamu kerjakan”..(11:112)

    Mari menyusun strategi utk menolak jahiliyyah yg ade neh…weeeeee~ SAY NO TO AL-HAWA’!!!

    Kt boleh! Sisters boleh! sume org blh!…

    ~Sisterhood yg best;p~ Tautkan hati2 kami pdMu Ya Rahman YA Raheem…~

    Diky moc ckin for sharing2..keep it up sis!

    Yang benar,
    awk tau sape sy..hehe.

    pesanan penaja: Bittaufiq wannajah for exam evryone! Mg Allah permudahkn urusan kt sume iA…

  3. salam, ckin~! kak rusna ni 🙂 masya Allah sister~~! penulisan yg mantap..
    terkesan dgn.. bertangguh2 keluar dari neraka tu~ takutnyeee…
    jazakillah sister
    teruskan perkongsian seperti ini kerana ini adalah salah satu medan jihad dakwah kita~!

    yg rindu org2 hk,
    rusna

  4. wah! pelawat dr prague! hehe…maceh kak rusna kerana sudi mmbc entry yg xsebarapa ni. huhu…
    ni sbnrnya sikit jer dari apa yg sy dapat dalam Usrah Qubra arituh. huhu…
    maaf krn sy ltak sikit je. iA sy letak banyak2 apa yg sy dpt ek? iA!

    kpd ‘u knoe me’, hehe…sape kamu?
    hehe, kiter tau la sape awak.
    ala yg beri kiter ayat best tuh.
    maceh sebab beri resolusi kpd next entry! ( xperlu sy buat entry ntuk topik ‘cmne nak sental, kikis dan berus jahilliyah!’)
    sy stuju ngan kak XXX, bg sy taqwalah yang bley prevent kita dr terus melakukan mende2 alah tuh. sbb kalu kita tak takut ngan Allah, nak takut ngan sape lagi kan? kalu betul2 takut ngan Allah, musti xsanggup nak buat kan?
    tp sy mmg hrpkan ukhwah disini sgt kuat…xde goyah2… 😦
    hehe, fighting!

    😀
    trimakasih kpd smuer sebab sudi membaca!

    Na-shle Jahilliyah!

    p/s: anda ada idea lagi utk disumbangkan mengenai entry ini? sila jgn segan silu, mari berkongsi bersama! wee~

  5. salam ckin..
    waaaaaaa!! subhanallah..
    Jahiliyyah tu yang dah sebati susah nak buang kan? tapi betulla kalau taqwa dalam diri tu dah melebihi segala-gala
    Kerna cinta manusia boleh buta. biar cinta ILAHI membutakan mata kita dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang ada dalam diri.
    Kalau sahabat, yang jahiliyyahnya lagi lama dari kita [sahabat dapat islam ramai je yang dah umor ber40] boleh kikis bahkan terus lenyap tanpa tinggalkan kesan..iA kite pun boleh jadi camtu..
    dengan syarat kuatkan iman, teguhkan aqidah dan bertaqwalah sepanjang masa..

    huhu..

    ckin, rindunya kat Pingu!!
    sorry usrah kiv jap…
    Mungkin usrah via emails je ek..huhu T_T
    Ku tak terdaya,,Histo memanggil2..
    keh3x..

    btw sory tak menjalankan tugas dengan baik..dalam musim2 exam nih..

    Ckin, keeps the spirit up okes..
    saya percaya sama kamo!!
    Pesanan peribadi 🙂 : selamat bermujahadah..dan membirukan mata..:D

    saya ..sila baca ikot jawi..hehe..

  6. terjaga drp zombie~~

    org kauthar nk tumpang lalu jugak!

    yup2..thanx 4 the reminder ckin! mmg terkesan n ingt btol ayt kak farah tu..”nk keluar neraka sikit2 ke?” oo..takut2..huhu
    kalo nk diikutkn, suma karat2 jahiliyah tu ade dlm diri kite..(da mcm besi buruk nih..ish..)
    tak, mari menyental!!! hiyargh!!!! (membawa clorox cap semangat!)

    kembali zombie~~

  7. “Tgok drama, Korean drama, tgok movie, tgok segala jenis hiburan, layan you tube”

    uish..terkene kat dri sndri..ak ngah lyn utube smbil bce blog ko..da la skang ngah addict ngan SuJu..huhu,siap promote kt status ym g..huhu

  8. hehe…kalian semua sudah sedar? sekarang, apa tindakan anda? 😀

    p/s: payah giler nak menyental karat, kalu gune klorok ke sabun cap semangat pun, kadang2 xpergi gak karat tuh, sebab hanya guna klorok cap semangat masih tak memadainya. Memerlukan air yang berterusan, air yang berkualiti untuk mem’bilas’ karat2 yang dah disental ni. Apa air tu ye? Anda ada idea?

  9. Asmlkm, ckin~ Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah!!

    moge Allah tetapkan hati2 kita utk trus bangunkan diri, insyaAllah kitalah batu bata yg akn bina smule islam. janji Tuhan pastu berlaku!! sayangnye awak!!! insyaAllah, kitalah pembela2 agama Allah~ Takbir!

    -tvoje sestra-

  10. air yg sentiasa mengalir n x putus2…(cop2! air kn agen karat?? erk…owh..sy da mula pening..*_*)

    mungkin mcm ni…air yg sentiasa berterusan mengalir utk membuang karat smpai habis…

    THEN, jgn lupa..cat balik besi dgn cat yg tahan karat! (tahan cuaca panas, kering, biar ribut skali pun! macam iklan cat plak..hoho)

    i’ve got the analogies on my mind rite now..for the “air” n “cat”..but, maybe othrs want to guess wat are they?? wee~~ =D

  11. assalammualaikum.. first time i write in u blog my unnie…. ^____^
    bab yg pasal toutube tu susah ckitlah nak tinggal sbb asal buka net je…. mesti buka youtube….
    mcm mana ek nak hilangkan???? tp insya-Allah kt akan cuba untuk menghilangkannye…. (blh k???)
    u dongsea will comment in other entry too….
    k tu je unnie…. assalammualaikum…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s